Friday 25 December 2015

Loan ASB For Beginner

Loan ASB For Beginner
===================

Bg yg br dlm loan ASB, ada yg bertanya soalan yg agak karut marut. Sah2 diorg x tau. Psl tu diorg bertanya. Ok. Ambe bg panduan sikit ttg urusan dlm loan ASB.

Ambe org kampung, tp ambe cuba xplain simple deh:

1. Deme: Peminjam loan bank &pelabur sijil ASB
2. Bank
3. PNB
4. Insuran (jika ada, tp ambe x explain ttg insuran ye)

1&2: Urusan dgn bank
==================

○ Deme pinjam pitis utk beli sijil ASB.

○ Bank bui pinjam tp dia nk la untung. Tu la interest. 5.0%-5.2%. Tp jgn runsing sbb deme untung 17%-40%.

○ Bank tlg beli sijil ASB atas nama deme. Tp bank pegang sijil tu. Mcm bank pegang geran kereta la.

○ Dah deme meminjam, bayor la. Yg dibayor tiap bulan tu sebahagiannya utk pokok, sebahagiannya utk bunga (interest). Cuba tgk graf tu. Kuning interest. Hijau pokok. Merah baki hutang.


Contoh: byr loan ASB 1,073.64/bln 240 adalah pokok @ prinsipal. 833 tu interest. Org yg buta hati n buta mata terus kata: gila ko byr interest byk kat bank. Haha. Jgn dgr pandangan singkat lg rabun tu. Sbb diorg x tau ke korg dpt dividen dlm anggaran 1,250 sebulan?


○ Urusan deme dgn bank akan tamat bila habis byr loan atau deme terminate lbh awal

○ Bila habis byr loan, sijil tu deme punya.

○ Tp, yg disyorkan adalah terminate awal utk ambil prinsipal kita tu untuk reinvest atau apa2 tujuan yg murni. Contoh: dpt 2,900 bila terminate slps 12 bln dgn teknik 11.

2. 1&3: Urusan dgn PNB
====================

○ Bank dh beli sijil ASB utk deme. Bank pegang sijil



○ Tiap pelaburan ASB, akan dpt la dividen dan bonus ikut tatacara ASB, iaitu tiap januari. Dividen dan bonus masuk akaun ASB deme. Tau tak, Bonus tu dpt lg utk 9thn slps terminate loan ASB. Sbb bonus dikira dr purata investment 10 thn.

Soalan karut
==========

Soalan1: Knp x dpt lg dividen n bonus bila terminate loan ASB bulan feb hingga disember.

Jawapan1: Tunggu la bln januari. Yg bg dividen dan bonus tu PNB.

Soalan2: Dividen masuk kat mana?

Jawapan2: Akaun ASB korg.

Soalan3: Dividen & bonus tu blh amik tak?

Jawapan3: Blh. Terpulang la nk rolling investment ke nk belanja nk kawin atau apa shj tujuan murni.

Tuesday 17 November 2015

Merungkai Teknik Loan ASB Part 2 by Abe Nazz Daimyo Hartanah

Merungkai Teknik Loan ASB Part 2


+ Post ini bukan Pelaburan Hartanah Vs Loan ASB. Hartanah rules supreme.

+ Ini ialah mana lagi untung Simpan sendiri bulan2 vs. Ambil Loan ASB Affin Bank

+ Masa Abe muda, Abe buat 4 wrong assumptions pasal loan ASB 

1. Abe ingat loan ASB guna kiraan personal loan/car loan. NEHI hai. Affin guna formula floating home loan. This is akin to home refinancing technique which Abe absolutely love!

2. Abe ingat teknik loan ASB ialah ambil loan kemudian bayar bulan2 selama 360 bulan. GHALAT! Baik bayar selama 12 bulan sahaja!

3. Buat loan ASB kalau tiba2 tak larat kena bayar penalti. Buang beras. LA'! Sekarang takde penalti kalau nak matikan bila2. 

4. Wajib ambil insurance. No more!

+ Teknik diajar Kentzige Bruang ialah apply loan semaksimum mungkin dan sepanjang mungkin in Dec. Ini optimize keuntungan dan cashflow, Dapat sijil ASB by latest 20th Jan. Dividen starts from 1 Feb. Start bayar by 1st March (jimat payment 2 bulan), dan terminate in March the next year.

+ In next post Abe akan tunjuk in details camne nak jana return more than 36% per annum. 

+ The return is nothing compared to pelaburan hartanah in term of scale but it is something and should be used as a second bullet in case anda ada tempoh bertenang semasa memburu hartanah.

#sayaputarhalim
#flippingAsbLoan — with Panglima AlphaOne at Menara Weld.

dipetik dengan izin dari post fb oleh Abe Nazz Daimyo Hartanah, Bani Zain Group dengan pindaan minor. tq abe

Kami menanti post abe: Merungkai Teknik Loan ASB Part 3

Sunday 5 July 2015

Combo Teknik 11 & Teknik 8 - Wealth Creation Wonders With Loan ASB

13k Jadi 178k Or Even More
======================
Mari saya tunjukkan bagaimana gandakan duit anda dgn Teknik 11. 

Pembuktian modal thn pertama 12,953.68 berganda jadi 178k-374k selepas 10thn.

Sy dh tunjukkan kira2 ROI 40% (thn pertama) hingga ROI 54% (thn ke10) per year dlm blog sy sblm ni kan?

Jom kira dgn minimum 40% selama 10thn.

Tahun1 
□□□□□□
1 akaun shj iaitu anda punya sendiri

Modal         Loan ASB      Hasil
~~~~         ~~~~~~~     ~~~~
12,953.68    200k     18,150.73

Tahun2
□□□□□□
2 akaun iaitu anda punya sendiri dan 1 proxy dgn Teknik 8 aka abg ngah

Modal         Loan ASB      Hasil
~~~~         ~~~~~~~     ~~~~
12,953.68    200k     18,350.73
   5,159.08       79k      7,169.54
_______________________________
Baki 37.97     279k     25,520.27

Modal terkini 25,558.24

Tahun3
□□□□□□
2 akaun iaitu anda punya sendiri dan 1 proxy dgn Teknik 8 aka abg ngah

Modal        Loan ASB      Hasil
~~~~        ~~~~~~~     ~~~~
12,953.68    200k     18,550.73
12,502.84     193k      17,594.46
________________________
Baki 101.72     393k    36,145.19

Modal terkini 36,246.91

Tahun4
□□□□□□
3 akaun iaitu anda punya sendiri dan 2 proxy dgn Teknik 8 aka abg ngah

Modal         Loan ASB      Hasil
~~~~        ~~~~~~~      ~~~~
12,953.68    200k     18,550.73
12,953.68    200k      18,422.73
10,312.60       159k     14,329.83
________________________
Baki 26.95      559k    51,303.29

Modal terkini 51,330.24

Teruskan (sdang updating)

Siapa yg fhm dan nk cuba sambung?? Congak2 dpt 70k dgn 3 proxy involved


#unitpercaya

Catatan:
=======
a. Kiraan yg lbh tepat adalah atas kadar 11 bln byr serta dividen dan bonus atas kadar 11 bln shj.

Namun, utk permudahkan kiraan, aku ambil as if byr 12 bln dan dividen serta bonus bg 12 bln juga.

Renyah nk kira bonus purata baki minimum 120bln.

b. Bg yg rajin, sila buat kiraan tepat. Anda akan seronok bila investment anda dpt dirancang sehampir tepat yg boleh.

c. Ingat lg ttg 6 sumber hasil dr loan ASB? Aku blm kira lg 2 sumber hasil dlm kira2 ni. Kalau aku kira jugak, korang terus pengsan, x ingat nk solat terawih dan khatam quran.

Wednesday 17 June 2015

Teknik 11 - Tawakal Tanpa Insuran hingga 54.0% setahun

Teknik 11 - Tawakal Tanpa Insuran
======================
Loan ASB Islamik
CIMB
Pakej Family Link
5.0 interest rate
Tanpa Insuran
Amaun loan 200k
Tempoh loan 30 tahun

Katakan bulan Jun loan disburse, maka bulan pertama bayaran Ogos 2015 pon dah ada prinsipal.


Terminate selepas 12 bln, kira la.


Anggaran ROI 17-40% 12 bulan

17% bagi yang berusia dan tenure kurang 30 tahun.
40% bagi yang tenure 30 tahun.

Nk lebih lagi, kira la bila bonus dah 2k, selepas 10 tahun. Sekejap je 10 tahun tu. Pejam celik, saya dah masuk tahun ke5. Baru celik loan ASB 2011 selepas rakan sepejabat, Encik Azwan Malip explain how loan ASB works.


Contoh

******

200k

30 tahun
tanpa insuran
5.0 interest rate

Terminate slps 12 bulan



Modal
~~~~
Yuran proses loan 70.00
Bayar setahun 12,883.68
-------------------------
Jumlah modal 12,953.68
====================

Hasil

~~~

Dividen genap 12/12 bulan 15,000.00

Bonus genap 12/120 bulan 200.00
Prinsipal terminate 12 bulan 2,950.73
------------------------------------------
Jumlah hasil 18,150.73
===================

Return On Investment (ROI)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

18,150.73 - 12,953.68 = 5,197.05

5,197.05 ÷ 12,953.68 = 40.1%

Ini baru tahun pertama dengan bonus 200. Cuba kira tahun ke10 dengan bonus 2,000.


6,997.05 ÷ 12,953.68 = 54.0%


Ini belum lagi kira dividen dan bonus modal pusingan. Kira la sendiri. Dividen atas purata baki modal yang disimpan dalam ASB anak tu.


Kalau dgn tiap thn terminate dan %ROI setahun 30%-40%,

Modal RM12,943.68 akan jadi 178k-374k slps 10thn.

Saturday 25 April 2015

Had Baru Pelaburan Bercagar Hanya 200k - PNB Moving Backward

Had Pelaburan Bercagar ASB Hanya 200k
==================================
Subhanallah.

Apa sudah jadi kepada PNB? Moving backward is not what we expect from PNB.

Sebelum saya memberi pandangan lanjut khusus tentang langkah songsang yang hendak hadkan pelaburan bercagar kepada 200k ini, terlebih dahulu ingin dirakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja PNB, BNM dan Bank yang tawarkan Loan ASB dan sentiasa berusaha tambah baik pakej yang telah banyak memberi impak positif kepada sosioekonomi bumiputera.

Fakta 1
********
PNB ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta?

Fakta2
********
Melalui anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan penting dalam membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan pulangan dalam pelaburan.

Fakta3
********
Pinjaman ASB telah meningkatkan pemilikan saham bumiputera dengan ketara. Dengan Pinjaman ASB, pelabur Bumiputera berpeluang untuk miliki saham ASB sehingga 400k dengan hanya bermodalkan kurang 2,400 sahaja.

Hujah1
□□□□□
Berdasarkan 3 fakta di atas, maka langkah menghadkan pemilikan saham oleh bumiputera secara pelaburan bercagar adalah sesuatu yang sangat bercanggah dengan prinsip dan asas penubuhan PNB sendiri.

Batalkan Had Baru Pelaburan Bercagar
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Jika benar PNB berhasrat untuk membantu bumiputera ke arah pengukuhan pemilikan saham dan hartanah, kami syorkan langkah songsang yang ingin menghadkan pelaburan bercagar kepada 200k itu dibatalkan.

Sebaliknya, kami ada beberapa cadangan yang boleh membantu mencapai hasrat Dasar Ekonomi Baru dan gagasan PNB dalam memastikan permodalan dan pelaburan berhemah dan bijak oleh bumiputera.

Batalkan rule limit 200k pelaburan bercagar.

We believe PNB will consider this, as long the decision will be made by wise men n women.

Dengan loan ASB limit 400k sekarang, cuba PNB buat kajian statistik berapa ramai yang punyai 200k ke 400k unit saham ASB.

Saya salah seorang yang tersenyum girang melihat laporan tahunan ASB 2014 yang baru diterima.

Kenapa? Sebab saya ada lebih dari 200k dan menuju 1juta dengan bantuan loan ASB.

Dengan had 200k yang baru, hancur musnah pelan persaraan kami.

Fakta4
********
Dengan Loan ASB limit 400k sedia ada, telah banyak lahir pelabur-pelabur berhemah yang bijak dalam pengurusan kewangan.

Mahasiswa, surirumah, kelompok yang bekerja sendiri malah ribuan bumiputera dari kelompok berpendapatan kecil, mampu gandakan pendapatan.

Fakta5
********
Dengan pelaburan berhemah melalui loan ASB, kami mampu miliki keperluan asas seperti rumah dan kereta daripada hasil pelaburan lebih 200k.

Kami tidak lagi terkelompok dalam kalangan yang terlalu bergantung harap kepada subsidi dan bantuan. Kami mampu berdikari dengan peluang pelaburan bijak yang disediakan kerajaan, PNB, BNM dan Bank yang terlibat yang jelas komited bersaing memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kami.

Fakta6
********
Dengan adanya peluang pelaburan ASB hingga 400k yang sangat menguntungkan hingga 40% setahun dengan teknik yang betul, kami dapat hindarkan diri kami, keluarga dan masyarakat dari terlibat dalam skim pelaburan palsu yang telah lama jadikan masyarakat yang tidak celik pelaburan sebagai mangsa.

Hujah2
□□□□□□
Dengan 3 fakta di atas, adakah PNB hendak gadaikan masa depan bumiputera dengan hadkan pelaburan bercagar sekadar 200k? Sosioekonomi yang bagaimana yang disasarkan jika peluang pelaburan berhemah ini disekat dan dihalang? Seharusnya had 400k itu ditingkatkan kepada 2juta. Bukannya melangkah ke belakang.

Ahmad Khairani Hashim
25 April 2015

Jom sertai kami dalam memberi pandangan terus kepada PNB di link berikut:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=616271061841399&id=413717745430066&comment_id=616606818474490&reply_comment_id=616636241804881&offset=0&total_comments=22&notif_t=share_reply

Friday 6 March 2015

Sesi TT #01 Kuala Terengganu Sejak Pindah

Sesi TT
======

Tarikh: 7 Mac 2015 (Sabtu)
Masa: 10.30pg
Lokasi: Bbeteng, Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

Banker CIMB pon turun & akan bantu settlekan loan kengkawan yg dtg.

Sy xplain teknik loan ASB, banker settle loan ASB. Tolong jgn bawak pulut kuning dan ayam panggang. Minum pg je ni.