Saturday 15 March 2014

Semoga Jadi Pelabur Berhemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama saya tidak menulis di blog Loan ASB ni. Banyak soalan dan komen rakan-rakan pembaca yang tidak berbalas. Harap kalian dapat temui jawapan yang dicari dari pelbagai alternatif yang ada. Kerap kali, tiap soalan dah ada kes yang hampir serupa telah diulas sebelum ini. Jika tidak di blog ini, mungkin ada dibincang di Forum Himpunan Teknik Loan ASB.

Bagi yang nak dapatkan softcopy, boleh rujuk rakan lain yang dah ada softcopy tu. Boleh je nak masukkan kat 4shared atau apa saja medium lain yang sesuai. Dalam Forum Himpunan Teknik Loan ASB pon dah dikongsi dokumen tu. Mungkin jika berkelapangan nanti akan diberi link softcopy tu di sini.

Yang pasti, walaupun menyepi di blog loan ASB, misi 1juta loan ASB tetap berjalan. Beberapa loan ASB sedang disusun untuk diterminate dan reapply dengan limit lebih tinggi. Mei, Ogos, November...bulan yang dinanti. 2013 dah 3 akaun terminate, dapat hasil hampir 7k. 2014, sekurang-kurangnya nak lagi 7k. Konsisten RM7k setahun dari terminate pun dah cukup bagus.

Cuma isu yang utama tahun ni, nk reapply dan tambah loan ASB bank mana? Loan ASB Islamik dah naik interest rate 0.5%. kalau dulu 4.95. Sekarang 5.45%. Adakah nak tukar ke CIMB konvensional 30 tahun 4.95% atau dapatkan RHB 25 tahun 4.9%. Insuran naik tinggi sangat, rasa macam tertipu pun ada kerana tak dimaklum terlebih dulu tentang nilai insuran untuk 3 loan ASB terbaru yang saya buat tahun 2013.

Bulan Mei saya perlu buat keputusan sama ada kekal maybank islamik atau transfer ke Maybank konvensional atau CIMB atau RHB.

Bagi rakan-rakan pembaca, buatlah keputusan bijak. Sekurang-kurangnya, ia perlu disusuli dengan tindakan. Sembang kosong tak guna. Jadilah pelabur yang berhemah. 2011-2012-2013-2014. Dah masuk tahun keempat saya dalam pelaburan Loan ASB. Keputusan yang bijak yang saya buat adalah untuk MULAKAN LANGKAH PERTAMA. Rakan-rakan sudah ke belum?