Sunday 25 November 2012

Tips Asas Kewangan Dan Pelaburan Dari Warren Buffet


Tips dari Warren Buffet - orang ke-2 terkaya di US selepas Bill Gates.

On Earning:
Never depend on single income. Make investment to create a second source.

On Spending:
If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need.

On Savings:
Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving.

On Taking Risk:
Never test the depth of river with both feet.

On Investment:
Do not put all eggs in one basket.

On Expectations:
Honesty is very expensive gift. Do not expect it from cheap people.

Anda juga mungkin berminat untuk muhasabah diri dengan artikel berikut:


Saturday 24 November 2012

Utusan Malaysia 24 November - Dividen ASN, ASB lebih tinggi


KOTA BHARU 24 Nov. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada minggu hadapan.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, lebih 11 juta pelabur dijangka akan mendapat pulangan lebih tinggi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata, setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.

"Para pelabur kita terdiri daripada semua peringkat masyarakat dari golongan berpendapatan rendah, kelas menengah dan juga golongan kaya.

"Kita memberi ruang kepada semua untuk berkongsi pendapatan yang mana rata-rata golongan pelabur boleh menggunakannya untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak di sekolah dan universiti; kos mengerjakan haji malah sebagai modal perniagaan.


Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 23 November 2012

Anda Nak Bonus Tambahan RM4,000 setahun? Jadikan Ia Satu Kenyataan Dengan Loan ASB

Berapa bonus anda tahun ni? Penjawat awam dapat 1 bulan setengah. Swasta ada macam-macam. 6 bulan, 12 bulan. Yang tiada bonus pon ada. Semua pekerja akan tunggu majikan umumkan bonus. 

Bagi yang bergaji rendah dan majikan bagi bonus sedikit je, Loan ASB boleh bantu anda dapatkan bonus tambahan RM4,000 setahun. PNB jadi majikan kedua yang akan umum bonus tiap tahun tidak kurang dari 1%.
Kalau anda ada RM400k loan ASB, dengan 1% pasti anda dapat RM4,000 setahun. Itu antara sasaran kecil saya apabila mula buat loan ASB pada tahun 2011. Cuma bonus ini dikira sebagai purata minimum bulanan selama 10 tahun. Andaikata ada loan RM400k (suami + isteri) tahun pertama, bonus saya setiap tahun:

Tahun
Bonus
1
400
2
800
3
1200
4
1600
5
2000
6
2400
7
2800
8
3200
9
3600
10
4000

Tapi bagaimana nak capai RM400k loan ASB dengan gaji kecil? hmm. Ambil la contoh pekerja yang bergaji RM5 per jam yang boleh maxkan loan ASB dengan cara berdikit-dikit. Agak-agaknya, mana lebih mudah dicapai selepas 10 tahun: 

1. naik gaji bulanan dan bonus tahunan dari majikan
2. capai max loan ASB dan dapat bonus tambahan RM4k. actually anda masih dpt bonus dari majikan kan.

Perkara 1, orang lain yang tentukan. Perkara 2, anda yang tentukan. Kawal perkara yang dalam kuasa kita. Kengkadang, kita kerja bagai nak rak pon tetap bos tak bagi naik gaji dan bonus dengan mudah.

Ini baru bercakap tentang bonus. Kiranya dikira dividen hasil pelaburan yang dibuat, anda akan dapati secara bulanan, anda sudah tambah pendapatan dalam RM600 sebulan kiranya anda konsisten keluarkan RM600 dari gaji ke loan ASB. Kaedahnya: teknik 2, tambahan loan ASB 100k setiap tahun dan terminate setiap satu selepas 2 hingga 5 tahun.

Wednesday 14 November 2012

Loan ASB Teknik 1 vs Teknik 2 - Bayar Guna Tunai Sendiri vs Dividen Mulai Tahun Ke-2

Ada pelbagai teknik untuk pelaburan dalam Loan ASB. Teknik mana menjadi pilihan, anda seharusnya lebih tahu apa yang sesuai atas pelbagai faktor yang Tuan Ikeda jelaskan dari page awal forum Himpunan Teknik Loan ASB.
Kali ini, saya ingin menarik perhatian anda berkaitan potensi pulangan pelaburan/ Return On Investment (ROI) tertinggi serta perkara-perkara yang boleh membuatkan ROI menyusut. 

Potensi maksimum ROI berlaku pada keadaan berikut:

Ciri-ciri Loan ASB

1. Interest rate paling rendah (BLR dan pakej tawaran bank e.g: BLR-1.65)
2. Tiada exit penalty kiranya terminate pada tahun-tahun awal loan ASB
3. Tempoh Loan Maksimum i.e 25 tahun islamik & 30 tahun konvensional.
4. Loan ASB Islamik (kerana ASBRTAnya hampir 25%< konvensional)

Pelabur

1. Usia paling muda yang layak loan ASB iaitu 18 tahun kerana ASBRTA lebih rendah bagi yang muda berbanding yang dah berusia.
2. Kelayakan maksimum tempoh Loan ASB. yang dah berusia ada yang tidak layak tempoh maksimum. Maka bayaran bulanan lebih tinggi. ASBRTA lebih tinggi.
3. Jantina Wanita kerana ASBRTA wanita lebih rendah berbanding lelaki - lelaki lagi terdedah risiko katanya.

Teknik Loan ASB yang diguna dan Bila Terminate Loan
(teknik tanpa modal sendiri tidak diambil kira)

Antara Teknik 1 vs Teknik 2 - Pastinya saya pilih Teknik 2 dan teminate secepat mungkin (3 hingga 5 tahun).

Buktinya? Dalam post terdahulu (klik sini) telah saya buktikan dengan Teknik 2, anda dapat ROI 40%+ purata setahun sekiranya terminate loan selepas 5 tahun. 

RM21,659.71

Maka ada yang berpandangan lebih baik ambil teknik 1 kerana hasil selepas tahun ke5 adalah jauh lebih banyak. 

RM56,057.98 

Sudah tentu, kerana anda guna modal 5 kali ganda dari teknik 2. Maka sepatutnya dengan modal yang sama banyak, kiranya teknik 2 diguna untuk tahun kedua bagi akaun kedua dan diulang hingga ke tahun ke5 hingga ada 5 akaun, sebenarnya teknik 2 dapat hasil jauh lagi banyak.

RM74,653.80

Ringkasannya perbandingan adil ini adalah seperti berikut:


Perkara
Teknik 1
Teknik 2
Cash in hand
56057.98
74653.80
Modal
34900.84
34900.84
Hasil Pelaburan
21157.14
39752.97
ROI (5 tahun)
60.62%
113.90%
Yearly ROI
12.12%
22.78%


Sila rujuk ke link berikut untuk dapatkan softcopy pembuktiannya.


Namun, harus diingat, pelabur yang guna teknik 2 pasti tidak ingin biarkan ROI yang sepatutnya 40%+ jatuh hingga 22.78%. kalau nk kekalkan ROI 40%, semua terminate bila tiap satu genap 5 tahun.

Persoalannya, 5 tahun ke yang terbaik? Jawapannya, kira sendiri dan tentukan sendiri apa yang sesuai dengan anda.

Persoalan seterusnya, had maksimum hanya 200k, nak guna akaun siapa tahun ketiga tu? Jawapannya, OPE la (Other People Effort). Akaun isteri, anak, adik, sesiapa yang boleh dipercayai. Teknik ni juga dikenali sebagai abg ngah (otai di forum).

Moga dengan penjelasan ringkas ni, dapat la gambaran macam mana nak dapatkan hasil pelaburan terbaik dan juga tahu apa tindakan kita yang boleh menyebabkan ROI menyusut. Ada antara faktor tersebut, kita tidak boleh ubah (e.g: jantina, umur). Tapi bila kita cari juga kaedahnya, mungkin kita ketemu jua caranya seperti guna nama adik perempuan 18 tahun.

Anda pilih la sendiri apa kaedah yang nak diguna. Ada orang suka merry go round, ada orang suka roller coaster, ada yang suka duk rehat kat kerusi ogawa.

Selamat melabur dan tersenyum riang pegang calculator di bulan november dan disember. Simptom pelabur ASB yang seronok mencongak apa nak buat dengan dividen dan bonus. Adios

Monday 12 November 2012

Loan ASB - Long Term vs Short Term Loans

Soalan cepumas pertama: 
Berapa lamakah tempoh loan ASB yang memberi pulangan pelaburan lebih baik?

Pilihan 1A: Long term 25 tahun;  ATAU 
Pilihan 1B: Short term 10 tahun
Jawapan: Bergantung kepada pilihan anda bagi soalan cepumas kedua.

Soalan cepumas kedua: 
Bila anda terminate loan?

Pilihan 2A: Hingga term tamat 25 tahun/ 10 tahun; ATAU
Pilihan 2B: terminate selepas 5 tahun seperti yang dibincangkan dalam post terdahulu Amortization Loan ASB - Terminate Loan: Pastikan Duit Anda Tidak Tidur Dalam Bank.

Pilihan anda dari dua soalan cepumas ini akan membezakan hasil pelaburan. Forum Himpunan Teknik Loan ASB boleh membantu anda merungkaikan pelbagai soalan cepumas untuk anda dengan agak terperinci.

Jawapan soalan cepumas:
Aturan mengikut Return On Investment (ROI) tertinggi ke terendah adalah mengikut kombinasi pilihan berikut

1. 1A+2A: Long Term 25 tahun + terminate selepas term tamat (~ 80%)
2. 1A+2B: Long Term 25 tahun + terminate selepas 5 tahun (~44%)
3. 1B+2B: Short Term 10 tahun + terminate selepas 5 tahun (~11%)
4. 1B+2A: Short Term 10 tahun + terminate selepas term tamat (~8%)

Pembuktian saya kemukakan di forum Himpunan Teknik Loan ASB di link berikut: Pembuktian Long Term vs Short Term; ATAU

Upgraded softcopy untuk semakan hasil terminate long term vs short term.

Namun berikut adalah perbezaan antara pilihan 2 dan pilihan 3: 

Perkara
Pilihan 2
Pilihan 3
Cash in hand
RM21659.71
RM51506.43
Modal
RM6980.28
RM32893.20
Hasil Pelaburan
RM14679.43
RM18613.23
ROI (5 tahun)
210.30%
56.59%
Yearly ROI
42.06%
11.32%


Nota: 

1. Loan ASB 100k
2. ASBRTA tidak termasuk dalam loan ASB
3. Dengan menggunakan teknik 2 (dalam Himpunan Teknik Loan ASB yang diasaskan oleh Tuan Ikeda) iaitu gunakan dividen untuk bayaran bulanan tahun berikutnya.
4. untuk Pilihan 3, tahun ke-2 hingga tahun ke-5 perlu tambahan RM5048.64 setahun on top of RM7650 dividen setahun.

Maka, anda pilih la sama ada nak ROI paling tinggi atau paling rendah. Saya pilih ROI ke-2 tinggi iaitu Long term dan terminate selepas 5 tahun. Kenapa saya tidak memilih ROI yang paling tinggi? Kerana dengan terminate selepas 5 tahun, saya mempunyai modal lebih besar  untuk membuat lebih banyak loan ASB. 

selepas 5 tahun, buat 2 akaun 
selepas 10 tahun, buat 4 akaun  
selepas 15 tahun, buat 8 akaun
selepas 20 tahun buat 16 akaun. 

Tahun ke 25 terminate semua. Pada ketika ni, lagi banyak dapat hasil kot berbanding dengan serve 1 akaun 100k hingga tamat 25 tahun. Cuma, kena ikhtiar la nak buat dengan akaun siapa. Perkiraan saya sebelum ni, hasil pelaburan dengan masukkira ASBRTA:

1. teknik 2 lasb 5 + 5 + 5 tahun (15 tahun) = 227,645.25
2. teknik 2 lasb 25 tahun = 143,392.83

Itu excel kira, dengan formula yang saya buat.

Apa pilihan anda sebelum dan selepas baca post ini, adalah pilihan anda jua.

Selamat melabur dengan berhemah, dengan ilmu di dada. 

Thursday 8 November 2012

Limit ASB & Limit Loan ASB

1.     Limit ASB – PNB tentukan




Limit pelaburan ASB adalah merujuk kepada had maksimum pelaburan iaitu jumlah dari pelaburan tunai /sijil/ sijil dari loan ASB.

Bermula 200k pada tahun mula bukan akaun, limit ini meningkat apabila dapat dividen setiap tahun.

Limit tahun kedua = 200k + dividen tahun1
Limit tahun ketiga = 200k + dividen tahun1 + dividen tahun2

Jadi kiranya anda nak capai limit 1juta, dan nak hidup dengan dividen sahaja, rancanglah pelaburan ASB dengan bijak. Tool Loan ASB dapat membantu meningkatkan limit ASB anda dengan pantas.

Loan ASB 200k pada tahun pertama
Anggaran dividen hanya 7.5% dan bonus 0% (tahun 2011 7.65% dividen + 1.15% bonus)

Dividen tahun 1= 15k
Dividen tahun2 = 15k
(anggap keluar 15k tahun 1 dan tahun 2 bila dapat dividen untuk simpan di Tabung Haji (TH)/ ASB anak/ ASM/ ASN/ AS1M/ ASW. Total 30k)

Tahun ketiga terminate loan ASB 200k. Dan apply Loan ASB 230k pula. And the journey continues...

Tahun5 264.5k dgn tambahan 34.5k di Tabung Haji
Tahun7 304.2k dgn tambahan 39.7k di Tabung Haji

Tahun11 limit anda adalah 402k dgn sudah ada  271k dalam Tabung Haji (anggaran 6% dividen setahun) dan dividen pada januari tahun ke 11 adalah 26,235Tu belum kira perkara berikut:
  a. nilai amortize tiap kali terminate loan asb
  b. nilai asbrta yang dikembalikan bila terminate loan asb
  c. bonus sijil asb (boleh cecah 4k/tahun) purata 10 tahun ada 400k loan asb. 

Sedangkan kalau simpan sendiri dalam 10 tahun, awal tahun ke 11, anda baru ada cash 106k. Limit pelaburan ASB cuma 234k. Bonus ciput. 

Mulai dari sini, anda cuma boleh buat 400k Loan ASB kerana itu limit loan ASB yang ditawarkan bank ketika ini (mungkin berubah pada ketika itu). Maka, untuk capai 1juta limit, teruskan dengan loan ASB 400k + cash dari Tabung Haji yang terkumpul hasil dividen loan ASB yang dipindahkan tadi. 

Ini bagi yang mampu komitmen 1200 sebulan setiap bulan tanpa gagal.
Bagi yang mampu komitmen 600 sebulan anggap la anda akan capai separuh dari contoh di atas. Bagi yang mampu komitmen 300 sebulan, ¼ darinya.

Ini bermakna kiranya anda mampu buat loan ASB 100k dengan tenure 25 tahun hari ini, tidak bermakna anda hanya akan dapat 100k sahaja selepas 25 tahun. Tetapi anda akan dapat 135k dalam Tabung Haji dalam tempoh 10 tahun sahaja dengan teknik yang betul. Tu belum kira dividen dalam tahun tersebut dan nilai amortize dan asbrta yang dikembalikan.

Sila menuntut ilmu di Forum Himpunan Teknik Loan ASB. Moga anda dapat berkongsi dengan kami berkenaan ilmu pelaburan.

Kalau nak semak limit pelaburan ASB yang sebenar, call je PNB 03-20505500 dan bagi no IC atau pi kaunter ASB. 

Tak payah susah-susah tunggu pengumuman Bonus keje gomen/ swasta lagi, tiap tahun dapat la bonus ASB (anggaran 1.0%; tahun 2011 1.15%) RM200 tahun pertama hingga RM2k tahun ke-10 dan ke atas dgn ada RM200k sijil ASB dr loan ASB. Kalau suami dan isteri masing-masing ada 400k, anda congak la ye, berapa bonusnya, berapa dividennya. 

2.  Limit Loan ASB – Bank yang offer Loan ASB tentukan

Maybank – 400k
CIMB – 400k
RHB – 200k