Monday 27 August 2012

Petunjuk Baik Untuk Dividen ASB 2012 - ASW meningkat 6.5 ke 6.6

ini artikel 27 Ogos 2012. Sila rujuk artikel terbaru untuk pengumuman dividen pada 21 Disember 2012:
Pengumuman Dividen ASB 2012 - Syukur

Petunjuk baik untuk pelabur loan ASB. Kali ini, ASW pula diumumkan kenaikan 0.1 sen ke 6.6sen berbanding 6.5sen tahun 2011. Sama macam ASD. 




Dalam post terdahulu dah dikongsi pengumuman Kenaikan Dividen ASD.

Antara lain juga telah diberi petunjuk-petunjuk buat pelabur ASB dan Loan ASB.  


Bulan
Perkara
Rujukan
Mac
PNB - Pengumuman Dividen ASM & ASG
Mei
BNM - Pengumuman OPR/ BLR
Jun
PNB - Pengumuman Dividen ASD
Ogos
PNB - Pengumuman Dividen ASW
Sep
PNB - Pengumuman Dividen AS1M
Disember
PNB - Pengumuman Dividen ASB



InsyaAllah, moga berita baik dividen ASB akan diumum disember ini. Amin

Sunday 26 August 2012

Fobia Untuk Buat Pelaburan

Salam Aidil Fitri buat semua. Maaf Zahir dan Batin dari hujung keyboard ke hujung keypad. Semoga kita semua sentiasa dalam keceriaan dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang, jauh dan dekat.

Fobia Untuk Buat Pelaburan - renungan bersama dan sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.



Pelaburan, sememangnya bermotifkan keuntungan. Semua pelabur ingin mendapat hasil jauh berlipat ganda dari pelaburan berbanding membuat simpanan biasa. Namun, sebagaimana dalam post terdahulu saya telah senaraikan Himpunan 20 Reasons Why You Are Not Rich. Dari senarai tersebut, dapat dilihat do n don'ts dalam pelaburan.

Ramai yang teruja nak buat pelaburan, termasuk saya sendiri. Bukan tidak tahu tentang risiko, tetapi ramai orang hilang pertimbangan dan hanya nampak peluang untuk kaut keuntungan SEOLAH-OLAH hasil pelaburan adalah terjamin 100%. Haha. Ramai yang muflis dan hidup sengsara bila investment goes wrong. Semua broker dan investment advisor lari atau kreatif bagi jawapan secara teknikal. 

Jadi, sekiranya anda ingin melabur, cuba la bawa berbincang dengan ahli keluarga, mintak restu mak ayah, tanya pandangan orang yang berpengalaman. Mungkin ada kalanya dapat respon negatif walau pun perancangan anda bagus, terima je la komen sebagai peringatan. Namun, kerap kali, teguran yang diberi oleh orang yang berpengalaman adalah berasas. Mungkin ia investment fobia, tapi terima la dengan akal yang waras segala pandangan tu.

Bagi yang ada perasaan takut untuk melabur, cuba baca artikel dalam bahasa jawa ni:


Selamat Melabur Dengan Berhemah

Monday 6 August 2012

Motivasi Menghasilkan Generasi Jutawan


Nukilan mr achik 

Assalamualaikum, ini adalah coretan pencetus inspirasi semata mata, tiada sebarang teknik pelaburan ASB saya ingin bincangkan dalam post ini.

Kita semua sedia Maklum, bukan semua antara kita mampu meninggalkan harta & wang ringgit untuk diwarisi anak cucu. Dengan adanya Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera, kita mampu mencetus fenomena baru dalam masyarakat kita.


Cuba perhatikan sekeliling kita, bangsa lain telah berjaya stabilkan ekonomi mereka dengan jayanya. Mereka juga manusia biasa, peniaga kecil kecilan pada mulanya. Setelah berjuang beberapa generasi, mereka tetap mampu menempuh kehidupan walau pun kadang kala dalam satu hari, tiada seorang pelanggan mengunjungi kedai mereka. Pernahkah kita fikir bagaimana mereka boleh menguasai ekonomi hingga begitu rupa?

Sekarang kita sebagai pemegang status bumiputera, mempunyai senjata ekonomi yang dicemburui oleh bangsa lain iaitu Amanah Saham Bumiputera. Jika 22 tahun lepas, kita warga bumiputera tidak menitik berat kan kelebihan ini, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita melakukan transformasi mentaliti.

Kita mesti bertindak menjadi generasi pertama yang mengubah nasib generasi mendatang. Gunakanlah segala kesempatan dan peluang didepan mata. Gunakan imaginasi anda, Jika kita generasi pertama berjaya membuat Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera secara maksimum, dan kita berjaya menghasilkan lebih kurang RM300K Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera dan sekiranya pasangan kita turut bertindak seiring, kita telah sediakan RM600K sebagai bekalan generasi kedua. Jangan terlalu berkira jika bayaran ansuran sehingga umur 60 tahun. Jika kita tidak sempat melunaskan semua bayaran sekalipun, Takaful akan selesaikan bagi pihak kita. Dan hasilnya tetap diwarisi anak anak kita.

Purata warga Malaysia sekarang mempunyai cahaya mata antara 2 ke 4 orang, (Saya mengambil jumlah 3 orang anak). Kita akan mewariskan kepada generasi kedua sebanyak RM200K Seorang. Selain ilmu agama bekalan ke akhirat, didiklah perwaris kita dengan ilmu melabur dalam ASB. Generasi kedua kita telah pun memiliki kelebihan dengan RM200K dalam akaun mereka. Dan jika mereka pun mengambil ikhtibar atas hasil usaha kita sebagai generasi pertama, nescaya mereka mampu memaksimumkan Pembiayaan ASB mereka hingga mencecah RM500K atau lebih. Sekiranya mereka melakukan secara berpasangan, tidak mustahil mereka mampu mewariskan RM1.2juta kepada generasi ketiga.

Dengan teori 3 orang cahaya mata, Generasi ketiga kita bakal memiliki RM400K seorang dalam akaun ASB mereka. Dengan berbekalkan modal RM400K, pasti generasi ketiga mampu menambah amaun ASB ketahap yang lebih tinggi. Secara tidak langsung akan membela nasib anak cucu kita dari terus terpinggir di bumi Malaysia ini.

Jika bekalan dunia sudah memadai, tidak mustahil mereka mampu membentuk generasi seterusnya dengan lebih efisien dan teratur. Tidak mustahil mereka mampu melakukan sesuatu yang hebat pada zaman mereka. Mungkin merekalah calon perdana menteri Malaysia, ketua Hakim Negara, Imam besar Malaysia, Mufti Malaysia, Saintis agung dunia atau gabenor Bank Negara. Semua ini bermula dengan langkah pertama kita sekarang.

Ini adalah sekadar coretan seorang hamba Allah S.W.T yang tiada siapa pun peduli kehadirannya Di bumi Allah ini. Apa yang berlaku masa hadapan, hanya Dia yang maha mengetahui. Kita sebagai umatnya hanya merancang, tetapi hanya Dia yang berhak menentukan.

Wednesday 1 August 2012

Himpunan Reasons Why You Are Not Rich


Bagi yang mengikuti forum Himpunan Teknik Loan ASB, diharap kalian temui info berguna dan jawapan bagi persoalan dan kemusykilan kalian berkaitan Teknik-teknik Loan ASB. Sebelum ini, kerap kali saya advise follower forum untuk google sendiri artikel-artikel dengan carian “10 Reason Why You Are Not Rich” untuk dijadikan pedoman dan peringatan.

Kalau forum Himpunan Teknik Loan ASB berkongsi pelbagai teknik manipulasi Loan ASB, jadi di sini saya kumpulkan dari pelbagai artikel menjadi Himpunan Reasons Why You Are Not Rich.



Ok, di sini saya senaraikan dulu Koleksi Reasons Why You Are Not Rich untuk sebagai Friendly Reminder di bulan Ramadhan yang mulia ni:

1.          You care what your neighbours & friends think.
2.          You are not patient.
3.          You have bad habits.
4.          You don't set goals.
5.          You are not being prepared.
6.          You try to make quick buck.
7.          Rely others to handle your money.
8.          Invest in something you don't understand.
9.          You are a financial coward.
10.       Ignoring your finances.
11.       You care what your car looks like.
12.       You feel entitlement.
13.       You lack diversification.
14.       You started too late.
15.       You don't do what you enjoy.
16.       You don't like to learn.
17.       You buy things you don't use.
18.       You don't understand value.
19.       Your house is too big.
20.       You fail to take advantage of opportunity!

Untuk baca lebih lanjut tentang tiap satu bagi memberi keinsafan di bulan Ramadhan yang mulia serta di ambang Syawal yang bakal menjelma ni, disenaraikan artikel yang sangat bagus dirujuk:

Artikel: 10 (More) Reasons You're Not Rich


Hopefully, dengan being the opposites of semua punca-punca yang menghalang kita dari menjadi kaya, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan ancaman kepada perancangan Wealth Creation & Wealth Optimization yang kita usahakan.

Cuba reword senarai di atas dalam bahasa sendiri dan jadikan Himpunan Teknik Untuk Jadi Kaya.