Friday 20 July 2012

Aplikasi Teknik 5 - Dapat Kereta Percuma?

Anda ingat Teknik 5 ASB Financing To Get Car/ Goods?


Kalau tak ingat tak pe. Sila rujuk link ni ASB Financing To Get Car/ Goods.




Cuba baca penerangan yang dikongsi Tuan Ikeda. Sebagai pembuktian, saya sendiri baru  mendapatkan sebuah kereta terpakai dengan kaedah ni.
Nissan Cefiro 3.0 Brougham
Kereta 2nd, Tip Top Condition. 
Kepada otai-otai di forum Himpunan Teknik Loan ASB, terima kasih kerana berkongsi tips dengan kami. Moga dapat membawa manfaat kepada rakan-rakan pelabur. Moga berhemah dalam pelaburan dan sentiasa memastikan pelaburan kept intact.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan supaya tidak berbelanja di luar kawalan/ kemampuan sebenar kita sehingga terlebih guna duit dari tabung pelaburan kita terutamanya jika ia melibatkan Personal Loan, Overdraf, Pinjaman ASB, Kredit Kad.

Tuesday 10 July 2012

Meminjam Untuk Melabur Vs Meminjam Untuk Berbelanja


"We can borrow if we can invest for greater return in order to repay.                      When we borrow in order to just spend, we will never be able to repay."

- Dr.M
Simple sahaja kata-kata Dr. M, namun penuh makna. 

Anda pernah meminjam wang? Berikut statisik Malaysian Family debt distribution hasil kajian Bank Negara Malaysia:
Tiap individu punyai komitmen kewangan berbeza. Latar belakang kewangan, sosio-ekonomi, corak perbelanjaan yang tersendiri. Apa yang mendesak anda supaya meminjam atau berhutang?

  1. Pendidikan - PTPTN, sijil, diploma, ijazah, sarjana
  2. Rumah
  3. Kenderaan
  4. Segala mak nenek perkara

Perlukah anda berhutang? Keperluan atau kemewahan? Atau ia tindakan terbaik untuk smooth cash flow. Anda mungkin boleh mendapat info menarik jika anda baca artikel tuan ikeda di Forum Himpunan Teknik Loan ASB.

Secara normalnya, kita akan buat pinjaman kenderaan dan pinjaman perumahan apabila hendak miliki kenderaan dan rumah. Namun, terdapat pelbagai teknik yang telah digunakan dan dikongsi oleh rakan-rakan untuk membantu kita mencapai financial freedom. 

Yang penting, kita mesti rajin membuat rujukan dan kajian sendiri. Perlu juga bijak merancang pelaburan dengan berhemah berpandukan petunjuk-petunjuk domestik dan antarabangsa.



Inflation will be lower this year helped by lower imported commodity and food prices, and MARC is lowering its forecast from an average of 2.5% to 1.8% for this year. While this provides more room for monetary accommodation should it be required, BNM is unlikely to reduce interest rates over the near term unless growth comes in far worse than expected.

- MARC’s Second-Half Economic Outlook 2012


Sunday 8 July 2012

Genap Sebulan Launch Blog ASB - Sasaran Tercapai

Terima kasih kepada semua pembaca atas sokongan kepada blog ni. Semoga anda mendapat info yang berguna dan seterusnya berguru dengan pakar-pakar, otai-otai di forum Himpunan Teknik Loan ASB.


Sedikit statistik untuk dikongsi bersama: 


A. Taburan Pembaca Blog Wealth Creation Dengan Loan ASB


B. Views Blog-blog kentzigebruang


Semoga dalam 3000 view di blog Wealth Creation Loan ASB, dapat 1% atau 30 orang dah yakin dan buat keputusan untuk proceed Loan ASB dengan teknik yang betul. 


Tahniah dan Selamat Melabur Dengan Berhemah.

Monday 2 July 2012

Kenyataan Akhbar PNB - Petunjuk Baik Buat Pelabur Loan ASB


PNB yakin dividen, bonus 2012 kompetitif

2 Julai 2012

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) yakin akan dapat memberikan bayaran dividen dan bonus yang kompetitif kepada pelabur pada tahun ini, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Hamad Kama Piah Che Othman.

Beliau berkata, walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu terutama di Eropah, namun porfolio PNB telah menunjukkan prestasi yang agak baik.

Malah, kata beliau berdasarkan sejarah, PNB belum pernah tidak membayar dividen dan bonus atau membayar dividen serta bonus kurang daripada lima peratus.

"Setakat ini porfolio kita agak mantap dan kita boleh bagi pulangan yang kompetitif," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan bayaran zakat perniagaan Kumpulan PNB kepada negeri Perak di Istana Hinggap Perak, dekat sini.

Pada majlis itu, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyampaikan bayaran zakat perniagaan Kumpulan PNB berjumlah RM7.197 juta kepada Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Bayaran zakat tersebut adalah untuk tahun kewangan 2009, 2010 dan 2011.

Hamad Kama Piah berkata, Perak merupakan negeri pertama yang menerima zakat perniagaan PNB untuk tahun 2012 dan bayaran seterusnya akan diserahkan kepada Pahang pada Rabu ini dengan jumlah RM5.255 juta. – Bernama